KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata keselamatan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan calon lain yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini adalah terjamin.
Beliau berkata ini kerana Muhammad Sanusi mempunyai pengawal keselamatan sendiri iaitu seorang anggota polis yang bertanggungjawab menjaga keselamatan pemimpin itu.
Razarudin berkata justeru keselamatan calon yang bertanding bagi mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri itu sepanjang kempen pilihan raya ini adalah terjamin.
"Insya-Allah, kalau ada ancaman (kepada Sanusi), anggota ini akan memaklumkan kepada Ketua Polis Kedah (Datuk Fisol Salleh).
"Pada masa sama, sekiranya ada mana-mana calon berasa tidak selamat semasa berkempen sila buat laporan dan kami akan siasat," katanya kepada Bernama hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata berdasarkan maklumat dan pemantauan Polis Diraja Malaysia di lapangan, tiada sebarang ancaman terhadap calon yang bertanding pada PRN kali ini.
Razarudin juga berkata polis telah meletakkan anggota dan pegawai untuk bertugas di lapangan bagi memastikan tiada kejadian yang tidak diingini sepanjang PRN di enam negeri itu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Ahli Parlimen Alor Setar Afnan Hamimi Taib Azamudden bahawa Muhammad Sanusi tidak hadir ke ceramah Mega Perikatan Nasional di Padang Awam Sungai Petani, Kedah malam tadi disebabkan isu keselamatan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pula berkata setakat ini, keseluruhan perjalanan kempen termasuk di Kedah berlangsung dengan tertib serta mengikut peraturan dan semua parti politik bebas menganjurkan ceramah.
"Setakat ini, tiada insiden di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu jadi bagaimana boleh timbul isu keselamatan di Kedah... kalau ada (isu keselamatan), sudah pasti pihak keselamatan akan memberi teguran dan nasihat.
"Kecuali satu dua kes vandalisme yang kebanyakannya kena pada papan iklan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi dalam konteks Kedah, kita menjadi saksi betapa tenangnya perjalanan kempen di sini," katanya selepas menyantuni peniaga dan masyarakat di Pasar Billion, Alor Setar hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 07 2023
Razarudin berkata polis telah meletakkan anggota dan pegawai untuk bertugas di lapangan bagi memastikan tiada kejadian yang tidak diingini sepanjang PRN di enam negeri. - Gambar fail/Bernama
U-Bes mahu popularkan sukan memanah berkuda di luar Pantai Timur
Marwan berkata, sukan memanah berkuda ketika ini belum popular di negeri-negeri lain kecuali di negeri Pantai Timur sahaja.
Penternak akuakultur digesa daftar GeoAgro sebelum mohon BUDI MADANI
Hanya 1,232 penternak akuakultur berdaftar telah memohon untuk mendapatkan sumbangan susulan penyasaran subsidi diesel dilaksanakan kerajaan.
Pengundi Iceland pilih Presiden baharu, bekas Perdana Menteri turut bertanding
Penyandang yang sangat popular, Gudni Johannesson, tidak bertanding semula selepas dua penggal memegang jawatan presiden.
Masalah Boeing boleh jejaskan seluruh industri, Airbus beri amaran
Masalah Boeing boleh menyebabkan lebih ramai orang mempersoalkan sejauh mana keselamatan penerbangan.
Banjir di selatan Jerman: Helikopter digunakan untuk selamatkan penduduk
Sebuah daik dan empangan juga runtuh akibat banjir dan memerlukan pemindahan.
Bangunkan potensi pelancongan, pertanian desa Sabah melalui koperasi - Ewon
Setakat ini sebanyak 48 koperasi terlibat dalam sektor pelancongan dan pertanian desa di Sabah dengan jumlah perolehan terkumpul RM8.3 juta.
Pembuat roti Perancis pecahkan rekod dunia baguette terpanjang
Rekod roti Baguette terpanjang di dunia dirangkuli oleh negara Perancis setelah sekian lamanya dipegang oleh negara Itali selama lima tahun.
Pusat rawatan TH di Mekah dapat kelulusan permit
Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah menjadi antara pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama yang mendapat kelulusan permit atau Tasreh daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim haji kali ini.
Kos sara hidup: Ambil langkah perkukuh jaringan keselamatan sosial
Bergerak ke hadapan, negara juga perlu mengambil langkah dalam memastikan kemasukan FDI berkualiti yang boleh mewujudkan pekerjaan berkualiti dan menawarkan gaji yang kompetitif.
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La pada Sabtu, di mana beliau merancang untuk bertemu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin.
Mohamed Khaled kongsi perspektif Malaysia di Dialog Shangri-La
Mohamed Khaled akan mengulas bagaimana bentuk kerjasama baharu ini berkemungkinan mempengaruhi landskap keselamatan serantau sedia ada.
Minggu Perpaduan 2024: Hayati prinsip faham, hormat & terima dalam memupuk keharmonian
Setiap daripada kita bertanggungjawab dan berperanan dalam menjaga keharmonian, kedaulatan, keamanan dan keselamatan negara yang dicintai.
Premis pelancongan berhampiran zon batu kapur perlu tingkat keselamatan
Syor itu perlu diikuti oleh operator pusat pelancongan bagi memastikan perniagaan mendapat kelulusan untuk kembali beroperasi.
Kawalan keselamatan di bangunan kerajaan, tempat tumpuan awam, kemudahan penting pada tahap tertinggi - PDRM
Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata, pihak polis memandang serius insiden baru-baru ini yang menimbulkan kegusaran masyarakat awam.
Pekan Ulu Tiram perlukan 'peremajaan', tukar imej 'pekan koboi'
Program peremajaan itu perlu bagi meningkatkan lagi taraf ekonomi, pelancongan dan keselamatan di kawasan terbabit.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
MBPP, MBSP diarah periksa pokok tua
Arahan juga dikeluarkan untuk kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjalankan pemeriksaan pokok secara berkala.
PRK KKB: Jangan bimbang keluar mengundi kerana keselamatan terjamin - KP Selangor
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, ini kerana keselamatan dan ketenteraman awam adalah terjalin.
1,133 pegawai, anggota polis bertugas semasa PRK Kuala Kubu Baharu
Seramai 1,133 pegawai dan anggota polis akan bertugas pada hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), esok.
Johor kutuk insiden serangan terhadap 3 pemain bola sepak - Onn Hafiz
Onn Hafiz tidak akan berkompromi, terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan isu yang boleh menggugat keharmonian dan keselamatan di Johor.